Tuesday, August 17, 2010

Left overs

Is it just that simple
with a pen and words
to deny oneness and confusions?
or just knowing for real
we’re left overs.

Tuesday, August 10, 2010

The Moment

we meet. we talk. we share what comes to our mind. all experiences. history we passed through together.when i was a small child. when i grew up to teen age. we stick in memories. never left out. even a single moment. we repeat. again and again. never bores. we treasured. those days. when i came to your house. it meant everything. i’m adult. now. and notice. time run so fast. and you too. notice. being away is pain. and tormenting. when i left your house. i ran as fast as i could. and not turning back. and realized. i burst into tears. while driving away. i know you too. from your eyes. that crystallized. while waving away. i felt the feeling. the melancholy. and i left. but never forgotten. you. and the moment we shared together. strangled. in a place. that i can’t explain. all i could say is thank you. but it’s never worth. for me and for you. for know. i hold the moment. in words. before we continue our stories. like before. when time permitted. we meet.

Friday, June 11, 2010

Akan ku kenang
saat kau berikan senyuman paling ayumu
sebagai detik paling malang dalam hidupku
kerana kau bukan milikku.

Tuesday, June 8, 2010

Mati! Mati! Mati!
Aku tak sudi
Aku lelah menjadi abdi..

Saturday, June 5, 2010

Yang paling bodoh

Moral?
kau terlalu bodoh untuk memahami
untuk apa ia diciptakan
kau menurut tanpa soalan

kau hanya bodoh dan dibodohkan
dengan perjuangan dusta kuasawan
sedang mereka pelacur taraf bajingan
kau menurut tanpa soalan

lagi bodoh dan membodohkan
kau menyalak tanpa segan
sedang maruahmu dikoyak-koyak
kemanusiaanmu menjadi haprak

bodoh
dan kau terus dalam kebodohan.

Friday, June 4, 2010

Dunia

Dunia
Satu bentuk penindasan
Yang penuh pendustaan

Lemah
Tanpa kudrat kekuatan
Yang tinggal hanya kekurangan

Gusar
Dari seribu impian
Hanya mengisi kehampaan

Pasrah
Dari kemesraan khayalan
Menjadi manusia sampingan.

Tuesday, June 1, 2010

Malam ini

Malam ini aku sempat bertanya
Dunia, mana habuan segala usaha?

Malam ini aku sempat bertanya
Mana nilai kejujuran manusia?

Aku akur pada tuhan
Dambakan segala firman

Malam ini
Tiada kata yang tertahan
dari daya insan
yang berlindung dari ketentuan

Malam ini
Aku berlari dalam hujan..