Friday, June 11, 2010

Akan ku kenang
saat kau berikan senyuman paling ayumu
sebagai detik paling malang dalam hidupku
kerana kau bukan milikku.

Tuesday, June 8, 2010

Mati! Mati! Mati!
Aku tak sudi
Aku lelah menjadi abdi..

Saturday, June 5, 2010

Yang paling bodoh

Moral?
kau terlalu bodoh untuk memahami
untuk apa ia diciptakan
kau menurut tanpa soalan

kau hanya bodoh dan dibodohkan
dengan perjuangan dusta kuasawan
sedang mereka pelacur taraf bajingan
kau menurut tanpa soalan

lagi bodoh dan membodohkan
kau menyalak tanpa segan
sedang maruahmu dikoyak-koyak
kemanusiaanmu menjadi haprak

bodoh
dan kau terus dalam kebodohan.

Friday, June 4, 2010

Dunia

Dunia
Satu bentuk penindasan
Yang penuh pendustaan

Lemah
Tanpa kudrat kekuatan
Yang tinggal hanya kekurangan

Gusar
Dari seribu impian
Hanya mengisi kehampaan

Pasrah
Dari kemesraan khayalan
Menjadi manusia sampingan.

Tuesday, June 1, 2010

Malam ini

Malam ini aku sempat bertanya
Dunia, mana habuan segala usaha?

Malam ini aku sempat bertanya
Mana nilai kejujuran manusia?

Aku akur pada tuhan
Dambakan segala firman

Malam ini
Tiada kata yang tertahan
dari daya insan
yang berlindung dari ketentuan

Malam ini
Aku berlari dalam hujan..